Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Februari. - Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi diteruskan bagi malam keenam dengan kehadiran kira-kira 800 orang di Istana Nurul Iman.
Hadir pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, seterusnya Sembahyang Sunat Witir dan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah.
Majlis disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Sementara itu, di surau berasingan bagi jemaah perempuan, Sembahyang Fardu Isyak diimamkan oleh Dayang Shariani binti Awang Asma Jalil, manakala Sembahyang Sunat Witir dan Sembahyang Sunat Tarawih diimamkan oleh Dayang Alas Sarirah @ Nur Syahirah Az Zahra binti Haji Sulaiman.
Majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Hidupkan Bulan Ramadan dengan Asmaul Husna : Ar Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki)'.
Bagi jemaah lelaki, tazkirah disampaikan oleh Awang Mohammad Nasyith bin Superi; manakala bagi jemaah perempuan, tazkirah disampaikan oleh Dayang Rossne bin Abd. Rahman.
Turut hadir, guru-guru dan pegawai-pegawai Sekolah Ugama Kawasan Brunei IIB, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.